music

Friday, April 29, 2011

maklum balas Pengaruh k-pop

seperti yang aku rasa korang semua pun  tahu dalam Berita Harian 24/04/2011 da mengatakan yang k-pop membawa pengaruh buruk kerana terbukti artis korea mencatat angka tertinggi bunuh diri.bagi aku kalau angka bunuh diri artis korea meningkat pun bukan ada sangkut gan kita pun.kita bukannya fanatik sangat sampai nak ikut bunuh diri sekali kan.betul x??

bab membazir beli macam-macam 2 aku tak tau la pulak kalu korang beli macam-macam bnda sehingga membazir. kalau aku beli pun guna duit aku sendiri la, tak mintak pun duit parents.waktu aku intai-intai baca berita harian aku terbaca satu surat pembaca kepada berita harian yang berbunyi begini (sori x dak bunyi pun.kekeke)

*SAYA tertarik artikel pada 24 April lalu bertajuk ‘Awasi remaja fanatik K-Pop’. Saya adalah antara remaja yang meminati atau menggilai industri hiburan Korea Selatan.

Saya juga ingin menambah kenapa kami meminati K-Pop dan saya sering berasakan industri tempatan kita perlu mencontohi langkah berkenaan untuk mendapatkan artis berkualiti, antaranya berhubung isu dadah.
Di Korea Selatan, artis yang mengambil dadah digam dan tidak dibenarkan muncul di kaca televisyen. Antara artis mereka yang terkena tempiasnya adalah pelakon utama cerita Princess Hour iaitu Joo Ji Hoon dan Kim Sung Min.
Rancangan Qualification of Men yang turut disertai Kim Sung Min juga terus tidak menayangkan episod yang disertainya. Ini bermakna dia digam serta-merta. Bagi saya ini adalah langkah baik dan menunjukkan bahawa isu dadah bukannya perkara dipandang remeh.

Selain itu, saya suka dengan gaya dan langkah mereka untuk menjadi artis. Sepanjang saya meminati artis K-Pop, saya tidak pernah mendengar isu artis segera. Untuk pengetahuan, mereka yang ingin menjadi artis perlu menjalani latihan untuk jangka masa panjang sehingga ada mengambil masa lebih lima tahun sebelum mengeluarkan album.
Hal ini menjadikan artis mereka berkualiti dan kebal. Rancangan televisyen mereka ataupun lebih dikenali sebagai ‘variety show’ di Korea juga sangat menarik. Mereka mempunyai idea kreatif dan kebanyakan rancangan berkenaan menghiburkan dan pada masa sama turut mempunyai nilai murni.
Antara rancangan yang saya minati ialah Chit chat of beautiful lady yang turut ditayangkan di Astro 391 (KBS World). Rancangan ini memaparkan perbezaan budaya di dunia. Seorang daripada penuntut Malaysia di Korea, Sophia Ridza juga pernah menjadi tetamu tetap di rancangan ini.
Bagi saya secara jujurnya, jika dibandingkan dengan artis dari Eropah, artis Korea mempunyai peribadi lebih baik. Jika ingin menyatakan mereka membawa pengaruh tidak elok, mengapa tidak kerajaan turut risau dengan artis dari Eropah?

Sebagai contoh, Adam Lambert yang dikatakan gay, mengapa tidak haramkan saja? Selain itu, Lady Gaga yang bagi saya tidak bermoral dari segi baju dan lagunya juga masih menjadi ikutan artis kita.

Saya bukanlah menyatakan artis dari Korea ini 100 peratus bagus, tetapi merasakan mereka jauh lebih baik untuk diminati berbanding artis Eropah.

Ha..abis dah korang baca an.,so korang renung-renungkan la..bagi aku pendapat orang yg tulis ni mmg tepat..bukan mengatakan artis korea semuanya baik tapi kita tak boleh juga kata depa bawa pengaruh buruk.bagi aku artis eropah pun da yg ok so sama la juga mcm artis korea..

No comments:

Post a Comment