music

Friday, April 29, 2011

blogger bantu negara

Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.
Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain.
Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda.

“Bagaimanapun, harus ada batas supaya tidak menggunakan ruang siber untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. Justeru, mesti ada batasan.

“Jika anda bekerja dalam lingkungan berkenaan (menulis atau memberitahu perkara yang benar dan betul), saya percaya blogger akan memainkan peranan amat penting dalam membentuk masa depan lebih baik untuk Malaysia dan ASEAN,” katanya ketika ucaptama pada Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN yang pertama di sini, semalam


ini adalah keratan dari berita harian mengenai pandangan rakan blogger..aku memang setuju dengan perlaksanaan ni..Blogger harus dibiar bebas bersuara dan memberi pandangan mereka tersendiri(tetapi tidak melampaui batas dan tidak berunsur negatif) dgn ini dapat membentuk masa depan kita lebih baik..

maklum balas Pengaruh k-pop

seperti yang aku rasa korang semua pun  tahu dalam Berita Harian 24/04/2011 da mengatakan yang k-pop membawa pengaruh buruk kerana terbukti artis korea mencatat angka tertinggi bunuh diri.bagi aku kalau angka bunuh diri artis korea meningkat pun bukan ada sangkut gan kita pun.kita bukannya fanatik sangat sampai nak ikut bunuh diri sekali kan.betul x??

bab membazir beli macam-macam 2 aku tak tau la pulak kalu korang beli macam-macam bnda sehingga membazir. kalau aku beli pun guna duit aku sendiri la, tak mintak pun duit parents.waktu aku intai-intai baca berita harian aku terbaca satu surat pembaca kepada berita harian yang berbunyi begini (sori x dak bunyi pun.kekeke)

*SAYA tertarik artikel pada 24 April lalu bertajuk ‘Awasi remaja fanatik K-Pop’. Saya adalah antara remaja yang meminati atau menggilai industri hiburan Korea Selatan.

Saya juga ingin menambah kenapa kami meminati K-Pop dan saya sering berasakan industri tempatan kita perlu mencontohi langkah berkenaan untuk mendapatkan artis berkualiti, antaranya berhubung isu dadah.
Di Korea Selatan, artis yang mengambil dadah digam dan tidak dibenarkan muncul di kaca televisyen. Antara artis mereka yang terkena tempiasnya adalah pelakon utama cerita Princess Hour iaitu Joo Ji Hoon dan Kim Sung Min.
Rancangan Qualification of Men yang turut disertai Kim Sung Min juga terus tidak menayangkan episod yang disertainya. Ini bermakna dia digam serta-merta. Bagi saya ini adalah langkah baik dan menunjukkan bahawa isu dadah bukannya perkara dipandang remeh.

Selain itu, saya suka dengan gaya dan langkah mereka untuk menjadi artis. Sepanjang saya meminati artis K-Pop, saya tidak pernah mendengar isu artis segera. Untuk pengetahuan, mereka yang ingin menjadi artis perlu menjalani latihan untuk jangka masa panjang sehingga ada mengambil masa lebih lima tahun sebelum mengeluarkan album.
Hal ini menjadikan artis mereka berkualiti dan kebal. Rancangan televisyen mereka ataupun lebih dikenali sebagai ‘variety show’ di Korea juga sangat menarik. Mereka mempunyai idea kreatif dan kebanyakan rancangan berkenaan menghiburkan dan pada masa sama turut mempunyai nilai murni.
Antara rancangan yang saya minati ialah Chit chat of beautiful lady yang turut ditayangkan di Astro 391 (KBS World). Rancangan ini memaparkan perbezaan budaya di dunia. Seorang daripada penuntut Malaysia di Korea, Sophia Ridza juga pernah menjadi tetamu tetap di rancangan ini.
Bagi saya secara jujurnya, jika dibandingkan dengan artis dari Eropah, artis Korea mempunyai peribadi lebih baik. Jika ingin menyatakan mereka membawa pengaruh tidak elok, mengapa tidak kerajaan turut risau dengan artis dari Eropah?

Sebagai contoh, Adam Lambert yang dikatakan gay, mengapa tidak haramkan saja? Selain itu, Lady Gaga yang bagi saya tidak bermoral dari segi baju dan lagunya juga masih menjadi ikutan artis kita.

Saya bukanlah menyatakan artis dari Korea ini 100 peratus bagus, tetapi merasakan mereka jauh lebih baik untuk diminati berbanding artis Eropah.

Ha..abis dah korang baca an.,so korang renung-renungkan la..bagi aku pendapat orang yg tulis ni mmg tepat..bukan mengatakan artis korea semuanya baik tapi kita tak boleh juga kata depa bawa pengaruh buruk.bagi aku artis eropah pun da yg ok so sama la juga mcm artis korea..

Tuesday, April 19, 2011

takut+ketaq+gigil

seperti title kat ats.seperti 2 jugak la yg aku rsa waktu pertama kali menjejakkan kaki di Kampus Tuanku Bainun..bukan ujibakat/audition apa2 tp untuk temuduga...temuduga KPLSPM untuk pertama kalinya...aku betul2 nervous speaking english utk individual interview..aku rasa macam mungkin tak lulus temuduga tu la..entah kenapa klu aku sorang2 mesti aku x blh nak speaking..mcm mna la aku nak handle interview lain nanti.huh.,aku pening la nak fikir..lagi aku fikir, lagi aku hilang semangat tapi ntah la bnda nie asyik duk mai ja kat fikiran aku.

lagi satu,di kesempatan nie ak juga nak ucapkan selamat hari lahir kepada salah sorang BFF aku..hepy bufday 2 u Jerome,wish u all the happiness in life..

Sunday, April 10, 2011

Morning semua

hahahaha..di hari yg mulia ini, ak pgi2 lg dh pegi keja(actually bkn pgi sgt pun)..alangkah letihnya..mata un dh mcm panda ja, dah bnyk sgt gelang hitam..(sapa yg penah tgk panda akn tahu mksud ak, tp ak x truk sgt la k) semuanya gara-gara tidur lewat n menangis semalaman..huhuhu, tp msih terasa kesedihannya..bkn sbb owg sakit @ ak sakit @ ak putus cnta @ seangkatan dengannya tp hnya sbb cita kartun ja blh buat ak nangis dengan teruk( nasib baik tisu umah ak berlambak)..family ak duk sedap lena mimpi best2, ak blh online tgk cita kartun lak..touching gla cta 2..character 2 nangis, ak un nangis sama...macam sehati sejiwa la plak..hehehehe..so kalau korang nak tgk jgk cita nie blh la klik Ghost ... ak kesian btul kat teito klein gan mikage..kalau korang tgk, korang taw la camna sedeynya kisah depa..kalau korang x nangis mcm ak nangis mgkn sbb ak nie lmbut ati @ korang yg keras ati kut( niat puji diri sendiri)..hehehehe..jgn marah yek...