music

Wednesday, July 25, 2012

13 JULAI 2012

Assalamualaikum~~~
sebenarnya entry utk kli nie seharusnya aku tulis pada 13 Julai yang lepas2 lagi tapi disebabkan internet aku yang berlayar dengan lemah gemalainya aku tangguh GOOD news nie sampai la hari ini baru sempat nak habaq mai..Alhamdulilah,selama setahun aku kat matrik susah payah tahan turun naik tangga n belajar kat sana akhirnya aku bakal menjadi salah seorang siswi dekat UITM Shah Alam..Aku rasa jodoh aku dengan Uitm Shah Alam memang kuat la.,kalau korang nak tahu sebelum aku masuk matrik dulu pun aku ditawarkan asasi undang2 kat Uitm Shah Alam juga tapi aku tolak n memilih matrik,tapi akhirnya sekarang uitm shah alam juga yang bakal aku kunjungi..keputusan aku bukan la GRAND segala bagai macam kawan2 aku tapi aku bersyukur Allah beri aku rezeki untuk sambung pengajian aku untuk keperingkat ijazah.,insyaAllah sampai ke master nanti(*angan2 melambung2,belajar ijazah pun belum mula lagi)..
:
:
:
:
Course untuk ijazah yang aku dapat kat UITM Shah Alam ini merupakan pilihan ke-2 aku daripada 8 pilihan.,aku dapat menyambung pelajaran aku dalam EH222 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Dan Bioproses..Aku masih tak percaya aku dapat course ni..kawan2 aku cakap course ni course KILLER *betul ke?..terus terang aku memang takut nak mula belajar nanti macam mana kalau aku tak dapat teruskan,mintak2 la dijauhkan perkara2 buruk ini daripada terjadi..semoga Allah SWT permudahkan dan berkati kita semua yang bakal melanjutkan pelajaran nanti..Amin.

Wednesday, July 4, 2012

Sony Ericsson aku

Salam Nisfu Syaaban semua..
akhirnya,selepas hampir 5 tahun handphone Sony Ericsson berkhidmat dengan aku,handphone 2 dah menunjukkan tanda2 nak bersara..YES,aku perlukan handphone baru.,NO,aku tak dapat beli lagi sebabnya tak dak duit..SEDIH?? memang teramat sedih n berdukacita..kalau dari awal aku tahu handphone nie nak rosak,dah lama aku habiskan masa cuti aku yang panjang nie pergi kerja cari duit..menyesalnya~~~ tapi apa boleh buat dah nasib..beberapa hari nie aku asyik usha laman web gan majalah handphone ja sebab nak cari handphone yang best,sesuai dengan bajet aku..sayangnya nak kuarkan duit beli handphone nie..
SONY ERICSSON XPERIA SOLA
ak dah selidik awal2 dan tanya pakar handphone(abang aku)..bagi aku handphone nie bole tahan hebat la juga cuma masalahnya duit ja la..agak2 ada yang nak sponsor tak? sony ericsson xperia sola nie memggunakan teknologi canggih seperti floating touch dan juga smartags.kalau korang nak tahu floating touch nie membolehkan korang guna dan pilih pada handphone dengan hanya gerakkan hujung jari ja tanpa sentuh skrin handphone.Hebat kan? prosesor handphone nie pula gunakan Dual-core 1GHz dan platform android v2.3 bagi aku walaupun platform dy bukan yang terkini tapi aku x kisah sgt..handphone ni mempunyai memori 8GB,512MB RAM dan kad slot microSD maksimum 32GB..hal lain2 pun ok.,point paling penting pasal handphone ni yang aku suka adalah design dan luaran yang trendi dan cantik..heeeeee~~~ tapi harganya pun cantik juga~~~

P/S : handphone Nokia Lumia 900 cantik~~~~